Membina Tabung Perkahwinan selama 3 tahun.

Membina Tabung Perkahwinan RM26K Dengan Modal RM275 Selama 3 Tahun

Ada segelintir anak muda mesti teringin nak buat majlis kahwin yang gah, gempak, khemah kahwin ada 10 buah dan ada kek bertingkat tingkat.

Jangan begitu anak muda. Perkara penting dalam perkahwinan tu bila anda dah bergelar suami isteri. Perancangan lepas kahwin tu lagi penting.

Ada yang ambil pembiayaan peribadi RM30K untuk buat majlis kahwin ni. Alangkah ruginya. Nak bina hidup baharu tapi dah buat hutang. Pinjam RM30K habis dalam masa seminggu je.
.
Apa yang anda boleh buat;

Cara 1: Menyimpan Sendiri

Ya betul. Menyimpan. Jika bergaji RM2000, dan masih bujang kalau tak mampu menyimpan RM300 sebulan memang anda dalam masalah pengurusan kewangan.
Katakan simpan RM300. Setahun dah RM3600. Dan jika anda rancang nak kahwin 3 tahun lagi anda dah ada RM10,800.

RM10,800? Hantaran pun dah RM10,000. Nak buat belanja kahwin lagi takkan RM800 je??

Okay di sini anda berbincang dengan bakal isteri anda. Kata tulang rusuk kiri, tak boleh hidup tanpa awak bagai. Kongsi simpan RM300 sorang. Jadi lepas 3 tahun anda dah ada RM21,600. RM10,800 anda punya simpanan, RM10,800 bakal isteri anda.

Terang baik-baik pada dia. Hutang untuk kahwin ni akan menyusahkan anda berdua juga nanti.
Senang bukan? Asasnya menyimpan. Anda bujang boleh ikat perut sikit. Hidup biar dibawah kemampuan. Kurangkan belanja bukan-bukan.
Nak dapatkan lagi bajet kahwin RM26K dengan simpanan serendah RM275? 
Teruskan membaca.
Cara 2: Pembiayaan ASB

i. Anda buat ASB Financing RM50K. Ansuran bulanan RM275 bagi tempoh pembiayaan 30 tahun. Tanpa takaful pembiayaan ASB.
ii. Katakan dividen tahunan 6.75%. Dapat dividen simpan. Jangan guna langsung. Biarkan dividen dalam buku ASB tu. Dividen dibiarkan compounding.
iii. Bayar ansuran bulanan RM275 guna gaji sendiri selama 3 tahun.
Lepas 3 tahun anda terminate, akan dapat;
Dividen kompounding: RM10,823
Pulangan prinsipal: RM2251
Jumlah kasar: RM13,074

Dan kalau anda bekerjasama dengan bakal jodoh anda, akan dapat RM26,148 (RM13,074 X dua orang).

RM13,074 (anda) + RM13,074 (bakal isteri anda) = RM26,148.
Tiga tahun dah ada RM26K dengan modal RM275 setiap sorang. Mana lagi elok daripada buat pembiayaan peribadi sampai kena bayar balik sampai 10 tahun.
Tak cukup lagi? Up lagi. Buat ASB Financing RM100K. Bulanan RM550. Dapat lepas 3 tahun tu dua kali ganda lah. Kata nak buat majlis mewah, kena la simpan banyak sikit.
Anda kena faham ASB Financing ni bukan hempok RM50K atas kepala anda serupa pembiayaan peribadi. Jenis kadar keuntungan bank tak sama dengan pembiayaan peribadi. Anda langsung tak terbeban macam pembiayaan peribadi.
.
Selain itu melalui pembiayaan ASB ni anda akan dapat;
i. Rekod CCRIS yang cun
ii. Deposit rumah jika ada lebihan
iii. Deposit kereta jika ada lebihan
iv. Lebihan tunai
v. Kebolehpercayaan pihak bank
.
Saya hanya berkongsi idea, anda kena faham konsep je. Berapa jumlah, berapa lama tu kau kena bincang dengan bakal pasangan. Pelan dan tindakan tak sama. Perlukan bantuan lebih lanjut lagi boleh jadi client saya. Saya akan guide anda secara percuma.
Jangan buat pembiayaan peribadi untuk majlis perkahwinan. Buat biasa-biasa pun tak jadi masalah. Sekali anda ambil pembiayaan peribadi. Skor pemarkahan untuk pembiayaan perumahan jadi tak cun dah.

Anda tu bercinta dari zaman universiti lagi, lepas 5 tahun dah kerja, takkan la tak nak fikir tabung kahwin. Susah kalau otak sudah di-set-kan nak kahwin je, kena guna pinjaman peribadi. Sila ubah cara fikir anda.


***Penafian:
1. Jangan jadi pembaris. Kalau anda mampu simpan RM200, buat pelan sendiri mengikut kemampuan ekonomi masing-masing. Ini sebagai panduan sahaja. Kalau mampu simpan RM600 buat pelan lain. Konsep dia masih sama.
2. Andaikan dividen ASB 6.75% sepanjang tempoh 3 tahun tersebut. Kadar keuntungan bank : 5.2%
***

Jika anda menjadi client saya, pelbagai teknik dan strategi saya boleh rancang untuk anda mengikut matlamat dan kemampuan kewangan anda secara PERCUMA. Terima kasih.



credit to : Tuan Amir Syahir

korang boleh wasap ima untuk check teknik mana yang sesuai dengan poket korang ok!

xoxo,
Ima Sakina
011-10036964

Comments

Popular Posts