Sweet escape : Off to Cameron Highland part 1

Trip ke Cameron Highland ni adalah sempena Birthday Trip suami tercinta.
kami cadang memang nak gerak tempat yang tak jauh sangat .. tak dekat sangat...  Jadi Cameron Highland lah menjadi pilihan kami.

Kami gerak pagi dalam jam 10 pagi. Breakfast siap siap.. beli Jajan.. terus lah menuju puncak!
perjalanan dari Bukit Beruntung ke Cameron dekat 3 jam juga..   Kami ikut laluan Tapah. Saya memang sejenis tidur dalam kereta. Tapi sebab excited.. tak tidur lantas ku pening kepala. hahahah dah pening... pejam mata lantas tidur ( senangnya tidoq heheh) .


Kami check in dekat Cameron Highland Resort (CHR). CHR ni adalah salah satu rangkaian YTL Hotel. Rekabentuk bangunan dekat Cameron Highland nih banyak yang ala ala cottage .. bangunan putih2 ala ala colenial are giteww ... cantik la. CHR ni tak banyak bilik pon. Hotel dia kecik ja. Tapi cantik la. Sesuai sangat untuk newlywed yang nak datang honeymoon.

ohh btw Cameron ni sejuk jugak tau. Ingatkan dah tak berapa sejuk dah. Pagi pagi berkabus tebal juga depan hotel.

Sampai CHR  kami macam kompius nak parking kat mana sebab kawasan dia kecik sungguh. tanya kat Bell Boy depan hotel.. dia tunjuk parking kat depan hotel macam tu saja.

Sementara nak tunggu selesai check in. Kami dihidangkan teh halia (maybe.. hehehe) bagi memanaskan badan katanya. Dah datang kawasan teh plantation... haruslah hidang teh kan?


Birthday Boy
Disebabkan dah nak tengahari.. Diorang suggest untuk lunch je terus. Mula - mula kami macam nak lunch kat luar sebab nak jalan jalan.. tapi kalah negotiate dengan perut masing2. So kami pon order je lah ape yang ade kat situ.. Oh  nak bagitau.... Scone CHR terpaling sedap dalam semua scone yang dijual di Cameron ni. Ya Allah sumpah sedap gile. texture dia tak sama macam yang dijual kat kedai2 luar. Sumpah sedap!

Dan ... lunch menu kat sini memang sedap! Ima order burger set. Kanda order nasi goreng.  Burger dia kannnn sedapnyaaaaa juicy sangat! ade letak fried pineapple yang super sedap. fuh! (makan dalam keadaan lapar akan buat kita rasa makanan bertambah sedap ye kawan2) Nasi goreng pon not bad. pricing... urmmm biase la.. harga hotel hotel la :p
scones tuuuu ohhh mengidamnya!



yaaaaa harus la berstrawberry sepanjang berada disini
dah kenyang! jom masuk bilik. hehehhe




tada! ni lah bilik kitorg untuk 3 hari 2 malam

kami memang sentiasa honeymoon. sebab tu ada swan
hahah

Kalau kalian berminat nak honeymoon kat sini jugak... boleh la lawati agoda keee booking.com .. trivago ke untuk pricing yang lebih murah. 

Klik je link kat bawah nih eh.. pandai pandai lah kalian memilih eh. 
Dah kenyang masuk bilik.. freshen up sekejap.  Plan nak keluar petang sikit nak jalan jalan kawasan sekitar. Birthday Boy tengah mandi.. Room service ketuk bilik.  pelik pulak sebab baru lepas lunch.. dan memang takde order apa apa pon . rupa rupanya! diorang datang delivery cake birthday.  Disebabkan birthday boy tengah mandi.. tak de lah diorang nih nak menyanyi sakan... heheheh 

Birthday Cake from CHR.
dah rehat -rehat .. kanda ajak keluar tengok tengok hotel area. Jadi belakang Hotel takde view. Depan hotel view cantik la... dengan kabus sejuk sejuk manja gitewww. 


oh ye.... Terasa macam bertuah pulak kalini sebab kami diberi penghormatan untuk light up the fireplace. Sebenarmya memang Tradisi Hotel ni... untuk guest yang pertama kali datang ke sana katanya. Siap bagi photo dan frame lagi tau sebagai souvenir ...  

next post : Spa Cameron Highland Resort - The award winning wellness centre .

till then!
ima 

Comments

Popular Posts