4 ASET PELABURAN YANG RECESSION PROOF

Kalau ikut rumors ramai pakar pakar kata tahun 2019 adalah tahun ekonomi merundum disebabkan ketidaktentuan kestabilan ekonomi dari seluruh dunia termasuk US, Eropah, China, Japan & Asia Pasifik..

Sudah pasti bila ekonomi merundum, sesiapa yang ada cash boleh jadi king atau CASH IS KING atau KING OF CASH.. Masa tu siapa ada duit cash memang power sebab banyak harga barangan akan turun mendadak.. baik harga rumah, makanan minuman, minyak petrol.. mereka yang ada cash boleh amik kesempatan..

Masa tu semua orang mula KAN CHEONG dan org akan keluarkan cash dari bank la, ASB la, KWSP la, FD la tapi mereka lupa yang waktu ini lah ramai pelabur pelabur bijak akan amik kesempatan disebabkan oleh harga pasaran mengalami "DISCOUNT" yang drastik.

Maksud DISCOUNT yang drastik adalah banyak harga dana pelaburan, harga stock market, harga saham syarikat atau points KLCI juga akan JATUH dan pada masa tu pelabur besar atau JERUNG akan menunggu untuk sauk dengan harga yang rendah.

Seperti kata pepatah Jowo "Buy Low & Sell High". Inilah yang dikatakan PELUANG yg mana setiap peluang yang datang hadir dengan bentuk cabaran. Hanya orang skeptical yang tak amik peluang waktu harga tengah rendah.

Pelabur yang bijak akan amik kesempatan dengan harga rendah dan sauk dgn banyak. Apabila harga naik semula, orang yang ambil harga rendah SENYUM lebar sebab dah untung banyak tapi yg tak tahu hanya ternganga dengan apa yang terjadi.

Tapi ada segelintir pelabur yang cool and stedy yg takkan KANCHEONG macam orang biasa-biasa yang takde ilmu pelaburan dan ekonomi.. Mereka akan buat beberapa strategi untuk elak kerugian. Actually, bukan itu yg saya nak sampaikan..

Apa yang saya nak kongsikan ialah bila ekonomi merundum, korang tak yah la KANCHEONG gila -gila sampai nak keluarkan semua CASH dan simpan bawah bantal.. nanti rumah terbakar atau masuk pencuri, tak naya korang.

So, bila ekonomi merundum, korang boleh je rileks kalau dah ada simpan pelaburan kat mana-mana. pun. Meh la sy kongsikan 4 aset pelaburan yg kalis ekonomi merundum..

1. UNIT AMANAH - Termasuk ASB atau Unit Trust yg diuruskan oleh Pengurus Dana yang professional. Sebab dia orang ni ada plan jangka panjang untuk strategize dana-dana yang mereka pegang..

Kat Malaysia ada 36 syarikat Pengurusan Dana atau Unit Trust yang berkaliber dan berpengalaman.. Dalam Unit Trust ada juga banyak kategori produk produk yang berbentuk high risk to low risk. Jadi, pelabur yang high risk dah boleh switch kepada dana yang medium atau low risk. Tak kena caj pun kalau buat switching..

2. INSURANS & TAKAFUL - Ini adalah produk yang paling selamat yg kalis ekonomi merundum sebabnya mereka ada produk yang berkonsepkan "Protection, Saving & Investment" . Produk ini bukanlah bertujuan nak buat pelaburan semata-mata tapi lebih menjurus kepada perlindungan dan simpanan jangka panjang..

Paling memilukan waktu ekonomi downturn semua orang dah mula tak kisah nak bayar caruman takaful sebab mereka rasa ada benda lain yang lebih penting. Tak kira apa jua keadaan, teruskan mencarum takaful sebab mereka berikan perlindungan berterusan tak kira apa jua bentuk keadaan ekonomi..

3. KWSP & TABUNG HAJI - Ini adalah produk yang steady kaw kaw.. Sebabnya government tak kan invest dalam pelaburan yang berbentuk HIGH RISK. Hanya ada beberapa portion sahaja yang dilaburkan ke dalam dana berisiko tinggi itu pun tak banyak. Yang banyaknya disimpan didalam BOND/CASH/MONEY MARKET.. So, risiko dalam dana ni memang sangat Low dan boleh dikatakan agak stabil la.

4. STOCK MARKET - Eh biar betul.. tak kan la stock market kot jadi pilihan.. Kenapa tak GOLD BAR atau EMAS? Siapa yang ada emas la power masa ekonomi merundum.. sekali jual memang masyuk.. Itu kata kau.. aku tak invest emas.. Bukan tak nak tapi ada aset lain lagi yang saya nampak lebih baik dan Shariah Compliance..

Tapi orangg yang betul betul bijak akan usha stock market sebab masa tu semua kaunter syarikat tengah turun.. ramai yang ambil peluang buat profit di kala market tgh MERAH. Tapi apa yang korang pikir tak salah sebab tak ada pengalaman tapi hanya org bijak dan pandai yang amik peluang..

Contoh, masa ekonomi merundum pada tahun 2001, masa tu harga stock syarikat TENAGA hanyalah RM 1.70 tapi sekarang tahun 2019 harga saham TENAGA ialah RM 13.54. korang fikir lah berapa untungnya..

Okay lah.. sy nak g kerja.. nanti kita sembang.. Klu bermanfaat share la kat kwn2 dan sedara mara.. just KLIK SHARE jer...

NOTA DUIT: Actually ada ja lagi aset pelaburan yg selamat kat malaysia tapi JANGAN BODOHKAN DIRI LEBURKAN DUIT DALAM SKIM CEPAT KAYA. Masa ekonomi merundum lah dia orang tumbuh bagaikan cendawan sebab nak tipu orang yang tak ada ilmu pelaburan..

Kalau korang ada aset pelaburan/simpanan lain yg nak share, silakan komen.. Sy juga boleh blajar dgn uolls sume..


credit to Tuan Mohd Zafifi Jamaludin
Terima kasih atas penulisan yang sangat bermanfaat kepada kami semua.




Comments

Popular Posts